Wednesday 31 July 2013

Rezeki yang tak disangka...Ipad!

Assalamualaikum semua...hehe. Entry kali ne happy sket, nak share la ke happy-an ni ngan korang sumer. Yesterday, my ex colleague tetiba call i and said, "Babe, i have good news for you!". I terdiam, dalam hati, mana ada pernah good news dari company lama. Haha..tak baik buruk sangka kan. I tanya dia, " Really, kenapa?", then she said " Kau menang Ipad". I was like, really? mcm mana pulak. Then she told me about a survey that i joined last year. Seriously, i pun x ingat survey mana satu, al maklumla, i kan suka join itu ini. Tak sangka pulak, this time mengena and i menang lucky draw!!!

Then, I pun contact la orang yang anjurkan benda ne and dia suruh i collect hadiah tu before hari raya. Happy sesangat walaupun i tak minat Ipad ne. Hehe. Alhamdulillah, mmg tak disangka langsung and i tak pernah terfikir utk beli Ipad pun. Ni dapat free, bersyukur sgt. As mentioned, since i tk minat Ipad ne, i bagi hadiah kat my husband. So it is officially his, lagipun dia yang pi collect on behalf of me. Phew~ finally dapat jugak bg hadiah yang best-best dkt hubby ;) Syukur pada Allah atas rezeki yang tak disangka langsung ne dan bulan ne rezeki mmg murah. Ingat, sentiasa bersangka baik pada Allah. Allah Maha Adil dan Bijaksana, kalau dia ambil sesuatu dari kita, dia akan berikan kita kegembiraan yang lain. Yang penting kita kena sentiasa bersyukur dan rajin berdoa ye kawan-kawan sekalian.

P/S: Lil princess tgh berebut Ipad ngan hubby...kah kah kah


Thursday 25 July 2013

Berpantang selepas keguguran~

Salam semua...rasanya tak terlambat kot nk ucap selamat berpuasa kepada umat muslimin dan muslimat yang dirahmati Allah sekalian. Hehe. Hari ne nak kongsi sikit cerita about berpantang after miscarriage. Since i have undergone D & C, pantangnya lagi strict la kot. Al kisahnya lepas d & c hari tu i kena minor post partum depression.Selalu rasa sedih and tak boleh sorang-sorang, mesti nangis and dunia rasa mcm gelap gelita. Nak tido pun ssh, asek terbangun mcm panik and lost mcm tu. So i informed my mom, and mmg schocking, dia dtg rumah i esoknya siap bawak bidan kampung lagi...dari Sabah. Can you imagine? betapa besarnya kasih sayang seorang ibu!

So i pun mandi herba,berurut, bertungku dn bertangas for 3 days straight. Bidan tu kata, angin lama tk hilang lg dah campur angin baru. Perut i buncit bekas anak dulu pun tak susut lagi. Alhamdulillah, skrg perut dah kembali kempis. Slowly berat badan i turun and bukan nak tipu ye...ramai org ingat i anak dara!!! wahhh...bangga la sikitt. Kekekkeke.

Skrg i rasa segar dn sihat semula. I amalkan makan multivitamin, habbatus sauda, susu kambing, kurma, kekacang dan pantang makan dan minum makanan sejuk. Haaa, semangat nak jaga kesihatan demi bakal anak-anak yang dikasihi. Untuk yang d & c dilarang bersama suami until lepas satu period cycle. Just to be safe. Bdan nak pakai lama kan? hehe.

Pakai stocking cuma up to 2 weeks je. Lepas two weeks i dah tak pakai stockin dah cuma keep on sapu minyak panas nona roguy sampai satu office tegur minyak apa yang kau pakai ne? bau dia sedap la. Hadoi...kalah pakai minyk wangi oiii...kah kah kah. Tak sabar nak tunggu P menjengah, lepas tu nak TTC immediately. Doakan la saya ye kengkawan ;)

Tuesday 9 July 2013

Realiti cara bayi tido ;)


                                 Picture credit to; Facebook.com/FFotograf

Hahahaha...salam semua. Adoi, kelakar tgk gambar kat FB Mama Bijak.I siap share lagi kat my FB. Ada satu gambar yang dia share about reality baby tido mmg kelakar dan sangat la betul. 10.30 masih duduk main sorang-sorang walaupun parents dah tido tak layan. Hakikatnya, baby dia akan gundah gulana berguling sana sini untuk dapat position yang best utk dia tdo. The best thing, tutup lampu, jangan layan and jangan bergerak. Tak lama lepas tu bayi sure akan ikut tdo gak. Jaga-jaga kalau tido ngan bayi ye sbb dorang tido nakal. To those yang expecting mothers yang first time dapat baby...tgk pic di atas. Itu la realitinya, yang kat dalam TV tu auta...hehehe. Tapi mungkin ada la kot baby yang baik je tido mcm kat dalam TV tuh, i pun sampai pelik je tgk anak i bergolek-golek and tido nakal mcm dalam gambar neh. Tertipu ngan TV, chet!..anyway, enjoy the pic!



Sunday 7 July 2013

Anak ada ekzema?

Assalamualaikum semua...hari ne topik kita is about ekzema. Lil Princess ada ekzema since born, tapi i mmg tak terfikir nak share about this to u ols. Mana la tau, ada antara u ols yang ada anak ekzema and risau tatau cemana nak handle. Actually punca ekzema i think org pun tak berapa sure, ada yang kata keturunan tapi ada yang kata masa mengandung, makan kerang and minum soya. Yes i hari-hari minum soya dulu konon nak anak kulit putih, sekali anak ada ekzema la pulak.

Kesian teringat kulit Lil Princess masa lahir. Terkupas-kupas, then mcm gatal. Jumpa doktor, mcm biasa, doktor bagi ubat-ubatan yang ada steroid. So i terpaksa cari alternatif lain. Then bidan bersalin i suggest, mandikan dalam air teh. So setiap pagi la kolam mandi Lil princess dipenuhi dgn air teh tanpa gula. Kekekeke. Alhamdulillah, berkesan, sbb orang kata teh ni soothing, sejuk. Lepas seminggu mcm tu kulit Lil princess pun halus mulus. Then bermula pulak epison Lil Princess pakai sabun. Mula-mula cuba Eubos, tapi mahal and takut banyak chemical. So i pun mulakan misi memburu sabun yang organic untuk ekzema and i terjumpa Buds Organic kat Mothercare. Harga nya pun berpatutan, tambah-tambah lagi i mmg member. So since then Lil Princess pakai product ni dan kulitnya halus mulus.

Losyen pulak, mmg tak boleh sembarangan, untuk elak nappy rash, i maintain pakai Bepanthene and untuk badan pakai Ezerra (orange color) dan Shaklee Herbal Life. Tapi Shaklee Herbal Life tu kalau nak pakai kena tgk dulu tahap kritikal ekzema tu mcm mana. So tanya la yang tukang jual tu dulu ye..kkkekeke. Ezerra pulak ada 2 types, satu warna pink kalau tak silap, satu warna orange. Yang warna orange tu lebih kuat and yang pink tu mild sikit. So tgk la ekzema anak tu teruk ke atau okay je...hehe. K la sampai sini je la entry hari ne, harap dapat membantu serba sedikit parents yang facing anak with ekzema ne ;)


Saturday 6 July 2013

Aamina Islamic doll is here!

Assalamualaikum semua. Today i was super excited sbb patung Aamina yang i order for my daughter dah sampai pun. Alhamdulillah. Everytime the doll cakap Alhamdulillah lepas hidung dia kena picit my daughter will laugh. Kalau dia baca Al-Fatihah my daughter tgk je mcm hairan. Hehe. Banyak lagi yang patung ni akan ajar anak-anak kita. Siap bagi salam lagi, patung lain sure akan ajar, hai and hello kan...hehe.

This doll i think the first Islamic doll kot yang i pernah jumpa. I found out about this doll from Dr Harlina's blog. So i pun check it out on Facebook at supermuslimkids. Owner dia was super nice! Hehe. If I ada son I nak beli Yousof pulak. The male version of Aamina. Hehe. In sha allah, once Lil Princess dah familiar with Al-Fatihah, surah-surah pendek yang Aamina recite, boleh la dia solat properly with me. Skrg dia ikut I solat je, kalau orang azan dia akan angkat tangan then sujud. Hehe. Alhamdulillah. Next step, i nak ajar dia huruf jawi then in sha Allah mengaji pulak ;) Anyway, enjoy the pictures below...

Skrg tgh ada promotion for this doll at Desi Doll on Facebook page! Berbaloi-baloi ;)





Friday 5 July 2013

Dugaan kecilku...

Salam pembaca semua...if you ada terbaca my blog about weaning off, and the reason why, i ada mention about nak share news with you all kan? it was suppose to be a happy news, tapi turn out to be a sad news. I had miscarriage yesterday at 8 weeks.

Masa hari Isnin, i went to my regular Gynae, Dr S in Subang Jaya kononnya nak check up for 8 weeks. Tapi masa kat sana tetiba bleeding, but the doctor said maybe implantation bleeding. So i put keep positive je. Tapi i dah rasa tak sedap hati sbb scan tunjuk baby 6 weeks old je. How come? walaupun jiwa gelisah, tapi keep positive.

Hari Selasa bleeding lagi tapi buat derk je. Rabu makin teruk, ada contraction lagi, so my husband brought me to DEMC. Malam tu baby sac ada lagi so doctor pun x sure whats going on. So lega la sikit rasa. But Khamis, wahh...i was bleeding mcm apa je. Kebetulan hubby travel to Miri dah that morning. So no choice, i have to ask my sister Amalina to send me to DEMC again. So once arrived there, i was sent to the emergency room. After half and hour or so, Dr T, the one that attended me on Wednesday nite call me to see him. In his room, later he confirmed yang ada miscarriage. Okay, dah tak sentap cause dah agak. So dia try to pull out the tissue semua pakai speculum. Kuar la jugak tapi tak habis. Then dia kata, i have no choice tapi kena buat D & C (dunno stand for what) sbb takut hilang darah. I mmg dah dizzy pun...so i called my husband in Miri and he agreed with the procedure.

Itu la first time and i hope the last time i masuk operation theatre and was put under ubat yang bagi tido tu. Wah, bangun je dah siap. But i was sure i was not that fast asleep because i can feel and hear what they're saying or maybe i mimpi. The miscarriage happen because baby tak develop properly, thats why, bukan sbb rahim tak kuat ke apa. I redha, sesungguhnya dugaan yang Allah bagi kat i ni sangat kecil dibandingkan dgn orang lain.

Then today, i was discharge from the hospital safely with the help of my sister Amalina and her husband El. Thank you guys...Dear readers, please doakan i supaya akan dapat baby lagi...i am really hoping for more children ;) thank you for reading my entry...

Wednesday 3 July 2013

Kisah putus susu badan...susu kotak Dutch Lady!

Salam semua...wah sekejap je dah July dan i dah blogging for 9 months now!!!sekejap nya ;) well tapi pembaca pun tak adalah ramai, tapi janji ada. Kekekek. Well today i nak share ngan u ols still about weaning off story. Lil Princess skang, i bagi dia susu kota dutch lady for 1-6 year old tu and she drinks from the straw itself. Tapi not everytime, sbb i suruh my maid selang-seli dgn susu kambing Karihome jugak. Lil princess tak pilih susu, tapi pilih cara nak hisap susu. Saba je. So far usaha utk weaning tu berjaya la jugak, cuma Lil Princess asal nampak i je mintak susu. Tapi minum nya kejap je. Lepas tu sambung main. Kalau malam pulak, nak menempel je, minum sikit-sikit je lepas tu terus sleep.Anyway, back to this susu kotal, i personally rasa susu ni tak elok bagi kerap, tapi its the best milk utk kuar berjalan-jalan. Bukan apa, sbb susu yang dibancuh siap-siap tu kadang-kadang ada bakteria. Kalau nak bancuh kat luar pulak leceh. So this is the best option ;)

                                        Ni la rupa susu kotak tu...boleh cuba ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...