Tuesday 25 June 2013

Jerebu!!!

Salam semua...hari ne post pendek saja...nak citer pasal jerebu. Mmg super teruk, rasa mcm tinggal kat tanah tinggi. Tapi sayang, bukan kabus, tapi jerebu. Sabar je la...nasib baik la my company bagi setiap pekerja sorang sekotak penutup hidung. So tak yah nak sesibuk g beli kat pharmacy. Hehe. Alhamdulillah! Anyway, enjoy the jerebu pic that i managed to capture semalam...x amek banyak...nanti korang cam i tinggal kat mana pulak, bahaya tu...hehe...hari ne sejak ujan petang tadi dah much better. Insyallah, tak lama lagi jerebu ni akan lesap la dari muka bumi kita ne...Amin.


                                           Pemandangan bukit bukau pudar...
                                                          Ni pic latest Lil Princess ;)

Sunday 16 June 2013

My new career!

Salam! actually i lupa nak update you guys, i dah dapat kerja! Syukur, rezeki dari Allah. Kekeke, actually last month lagi i dah start keje. And I LOVE MY JOB!!! Mmg sangat-sangat bersyukur kerana Allah dah mengabulkan doa i siang malam untuk dapat keje yang stable dan yang i suka. Alhamdulillah. Sentiasa la bersangka baik dgn Allah.

I mmg dah lama bekerja and selama ni i mmg down kat tempat kerja dek kerana tekanan kerja yang terlalu tinggi dan boss yang tak memahami. Tapi syukur la my nightmare is over. This entry is just a short one, saja nak share happiness with my dear readers.

                        This is my new workstation! Mmg banyak file, biasala, HR Dept!

Lil Princess tak mau minum susu dari botol!!!

Salam semua. Adoiyai...ni masih lagi kisah weaning off. Tau...i tak complete 2 years menyusu for Lil Princess cause hehe...adalah...maybe later i will share with you guys. But for now, i mmg runsing Lil Princess tak mau minum susu dari bottle, kecuali menggunakan syringe. Well, i am thankful that my maid mmg sangat penyabar melayan kerenah Lil Princess untuk menyuapkan susu menggunakan syringe. Sangat mencabar okay? Oh ya, lupa nak update...ekeke...Lil Princess dah pun pulang ke rumah setelah berada di kampung halaman mamanya for 12 days!

So, i kesian tgk my maid, i beli bermacam bottle. Finally, i baca dari blog someone, i tak ingat sapa. Dia ada mention about straw cup. So, bermula la jelajah mencari straw cup yang cantik dan menarik. The features mesti, menarik, straw lurus dan botol boleh dipicit. Ini kerana, kekeke because budak kecik yang tak reti hisap straw akan nak hisap straw kalau botol cantik, senang nak train dorang minum dari straw lurus dan kita as parents, tolong picitkan botol tu supaya air boleh naik ke straw dan anak kita senang nak belajar hisap straw melalui kaedah ini.

Lagi satu ada study mengatakan yang budak minum pakai straw ni takkan pelat, sama mcm fungsi puting ibu ye. This is because, surface straw membuatkan lidah bebas bergerak semasa menghisap. Unlike puting susu bottle and sip cup. Tapi peliknya is, Lil Princess nak minum air masak dari sip cup pulak! Macam-macam je~

                                    Straw cup Lil Princess, menarik gak la...kekekeke
                                                   Sip cup Lil Princess, colorful!

Sunday 9 June 2013

Uphoria Osim in da house!

Assalamualaikum...heheh. Sejak dua menjak ni i ngan my hubby mcm health conscious la pulak. That day beli kerusi Takasima and yesterday we bought this Osim Uphoria. Alhamdulillah, mmg seronok la dapat urut kaki and badan kat rumah sendiri. Yang tukang urut pulak tak bawak bercerita, buat je keje dia. Hahahaha! Urutan dia sampai ke almost lutut. Lepas pakai machine ne, confirm badan rasa ringan. Mmg berbaloi-baloi. Machine ni guna technology roller and not airbag. Dia ada banyak function and urutan jugak. I pun masih belajar lagi cemana nak guna benda alah ne ;)

Skrg Osim ni tgh promotion Father's day, so harga dia murah sikit dari biasa. Tu yang cepat-cepat beli. Hari tu kerusi Takasima beli masa Mother's day promotion. Haaa mmg sesuai la tu! Since Lil Princess kat kampung ne, hubby and i amek kesempatan la pi shopping, jalan-jalan n tgk wayang. Dh lama sangat tak tgk wayang. Hari tu sempat pergi the Curve tgk cita Pee Mak. Kepada sesapa yang nak relax, citer ne mmg best, mmg disyorkan. Hehehe, dah ke lain pulak aku ne...kekeke. K la semua, sampai sini je entry hari ne...daaa~

Monday 3 June 2013

Hatiku di Kinabalu~

Hehehe...tajuk tak boleh blah...kekke. Bukan apa, i baru je balik dari kampung. Hantar anak bercuti kat kampung. Kekekeke...rindu dah kat dia. Sempat jugakla jumpa my aunty and my cousins. Even my relatives from Brunei pun ada sama.

Selama 3 days i kat sana, mmg rushing but i really enjoyed it. I actually went to Pasar Filipin, Wisma Merdeka, One Place Mall, Centre Point, Times Square and Magellan Sutra Harbor. Kat pasar Filipin macam biasa la...borong brooch! hahha. Padaal brooch dah banyak gila okay? Sabar je.

Kebetulan pulak masa i balik tu ada wedding one of my old friend...or more like my hsemate la...Grand sangat wedding dia...ala-ala wedding Siti Nurhaliza gitu u ols...so happy for her. Her wedding was held at Magellan Sutra Harbor. Masa tgk dia bersanding, terkenang masa zaman i bersanding kat tmpt yang sama dulu...hehe. Two and half years ago, cptnya masa berlalu...

All in all i mmg seronok kat KK and i tak puas kat sana...Rindu pada kampung halaman terubat sikit, tapi hatiku masih di Kinabalu. Harap-harap la Lil Princess enjoy kampung halaman mama dia...kekekek ;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...